Mahkamah : Apa yang korang fikirkan

Malam tadi, sekembalinya aku dari surau berhampiran mengerjakan solat berjemaah, aku telah didatangi sepasang suami isteri yang ingin menikahkan anak perempuan mereka pada hujung bulan ini. Tujuan mereka adalah meminta bantuan aku dalam menyelesaikan masalah nak menikahkan anak perempuan mereka. Yang sebenarnya bukanlah masalah sangat kalau kita tau cara dan teknik yang betul. Sungguhpun secara umumnya aku dah tau kedudukan mereka, tapi macam biasa, aku masih bertanya itu ini supaya sesuatu yang aku tahu tu adalah benar belaka. Bukan fitnah… bukan andaian semata-mata

Selepas aku jelas dengan semua perkara, aku katakan pada mereka, urusan mereka perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah. Bila perkataan Mahkamah Syariah keluar, aku perhatikan wajah mereka (pasangan suami isteri itu) berubah jadi muram, gelisah dan seangkatan dengannya. Aku tanya mengapa??? Mereka rupa2nya risau dengan hukuman yang bakal diterima bila masuk mahkamah. Begitulah persepsi mereka, bahawa bila masuk mahkamah mesti kena hukum samada didenda atau dipenjara tanpa memikirkan tujuan asal mereka ke mahkamah. Dalam benak mereka mahkamah ni kerjanya menghukum orang saja. Setakat ini, bukan mereka saja yang beranggapan sedemikian. Sebelum mereka, ada beberapa pasangan lagi yang beranggapan demikian. Aku dulu pun beranggapan macam tu jugak.....


gambar google
mau nak terkencing dalam seluar kalau tak biasa jumpa hakim atau masuk mahkamah

Aku pun apa lagi, tambah lah sedikit sebanyak serbuk perasa untuk menyedapkan kata-kata aku pasal mahkamah ni. Aku katakan kepada mereka sediakanlah 2 3 ribu nak selesaikan masalah tu. Lagilah pucat lesi wajah mancho @ wajah anggun mereka. Bukanlah tujuan nak menakut-nakutkan mereka tapi sekadar gurauan semata-mata, yang pada akhirnya aku pujuk balik mereka dengan perkataan yang lebih lemak berkrim supaya mereka tidak risau berlebihan. Barulah berseri muka masing-masing… Jahat jugak aku ni ye… He… he… he…

Tetapi memang memerlukan kos yang banyak juga untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dari mahkamah ni kalau nak dibandingkan dengan kebenaran berkahwin dari Pendaftar Perkahwinan. Kebenaran berkahwin dari Pendaftar hanya RM10 sahaja tapi kebenaran berkahwin dari mahkamah, beberapa kos perlu diberikan perhatian. Kos peguam syarie yang menyediakan afidavit (RM100-Rm200), pendaftaran kes (sekitar RM49) dan kebenaran berkahwin (sekitar RM29). Begitu juga masa untuk menguruskannya, mendaftarkan kes hari ini sementara untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dari mahkamah pada hari yang berikutnya. Kira2nya dua hari bekerja baru selesai urusan mendapatkan kebenaran berkahwin

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © LOBUY