Minyak Serbaguna Morhabshi



Minyak Morhabshi diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan. 


TIADA DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA. 


Berikut adalah penyakit yang dikenalpasti sering disembuhkan menggunakan Minyak Morhabshi: 

histeria , dirasuk syaitan , sihir (buatan orang), santau , bayi 'diganggu' , bayi 'kembung' , sawan tangis , pusat bayi (agar mudah tanggal) , batuk , lelah/asma , sakit gigi , senak , cirit birit, kanser , kayap , kurap , gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha) , jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka), kudis , bisul, melecur terkena api atau air/minyak panas, gigitan serangga & binatang bisa, lenguh , terseliuh , simpul biawak (krem), sakit kepala , mabuk-mabuk & meloya, muntah dll. 

Cara penggunaan: 


Untuk penyakit luaran, sila gunakan secara sapuan. Manakala untuk masalah 'dalaman' seperti santau, sila masukkan 3-5 titik ke dalam 1/3 air suam dan diminum.  


Minyak Morhabshi tidak beracun. Oleh itu jika anda sakit gigi, anda boleh menyapunya terus pada gusi atau gigi yang berlubang dan sakit itu. Caranya, ambil secebis tisu, celupkan dalam Minyak Morhabshi dan tampalkan ke dalam gigi yang berlubang. 


Untuk bayi dan kanak-kanak, calitkan pada kening, ubun-ubun, belakang cuping telinga, sendi-sendi kaki dan tangan, serta tengkuk bagi menghindari daripada gangguan. Amalkan setiap hari (sebelum maghrib) pada bayi anda. 


Amalkan menyapu pada perut bayi setiap hari dapat mengelakkan bayi diserang kembung perut. Insya-Allah.  

Tambahan: 


Untuk lelaki, sila sapukan pada alat kelamin dari pangkal ke hujung dengan cara mengurutnya perlahan-lahan. Elakkan minyak daripada memasuki lubang kencing anda. Boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi bukan untuk berjimak (bersetubuh). Pastikan anda mencuci hingga bersih sebelum bersama isteri. Ramuan herba ini bertindak melancarkan perjalanan darah seterusnya membantu zakar anda sihat dan hebat. 


Demikianlah pengalaman yang dikongsikan oleh beberapa orang rakan yang telah mencubanya. 
Alhamdulillah. 


Minyak Morhabshi (1957):  Pastikan Sentiasa Bersama Disaat Memerlukan 


AMARAN : Jangan diberi minum kepada kanak-kanak dibawah usia 2 tahun 


Keterangan Lanjut Sila klik di sini

Panduan Menyambut Kelahiran Cahayamata



Selepas lebih kurang 9 bulan menanggung segala kepayahan dan gangguan mental dan perasaan, tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu kelahiran cahayamata, kelahiran permata hati. Saat yang dinantikan dengan penuh perasaan cemas, gembira dan syukur.


Dalam Islam disyariatkan beberapa perkara yang disunatkan ketika menyambut kelahiran cahayamata:


Disunatkan azan di telinga kanan dan Iqamah di telinga kiri. Hal ini dilakukan sendiri oleh Baginda SAW sebagaimana dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Saya telah melihat sendiri Rasulullah SAW mengazankan di telinga Hussin ibn Ali ketika ia dilahirkan oleh ibunya Fatmah” – riwayat Ubaidullah ibn Abi Rafi’


Sunat juga dibacakan pada telinga kanan bayi yang baru lahir dengan doa berkut: “bahawasanya aku pohonkan perlindungan dari Engkau Ya Allah, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan”


Disunatkan juga memberi tahu jiran tetangga dan sahabat handai kerana itu adalah tanda syukur gembira disamping cara itu menjalinkan ikatan kemesraan dikalangan keluarga Islam.


Syariat Islam juga menuntut dilakukan “tahnik” atau membuka mulut dengan meletakkan sedikit isi buah tamar diatas jari telunjuk dan masukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-lahan menggerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tersubut masuk ke dalam rongga tekak bayi. Jika sukar untuk mendapatkan buah tamar, boleh saja digantikan dengan apa saja yang manis seperti madu, manisan, gula dan sebagainya. Berasaskan sunnah, “tahnik” dilakukan oleh mereka yang bertakwa dan soleh sebagai mengambil sempena ketakwaan dan sifat soleh mereka


Sebaik-baiknya selepas 7 hari kelahiran, disunatkan mencukur rambut, kemudian disunatkan pula bersedekah emas atau perak seberat timbangan rambut yang dicukur kepada fakir miskin jika berkemampuan atau sekadar kemampuan dengan wang atau sebagainya. Hikmah mencukur rambut bayi yang baru dilahir adalah:


- Dari sudut kesihatan. Boleh membantu menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (sejenis cecair beku yang meliputi kulit) dan menolong memberikan kekuatan dan ketajaman penglihatan mata, bauan hidung dan pendengaran telinga


- Dari sudut masyarakat. Memberi peluang bersedekah disamping bersyukur dengan kurniaan cahayamat. Berkesempatan pula menjalinkan kemesraan dan keharmonian


Memberikan nama yang membawa maksud yang baik dan elok serta cantik, kerana dengan nama-nama itulah juga seseorang itu akan dipanggil oleh Allah SWT pada hari Qiamat


Jika berkemampuan, pada hari ke 7 juga disunatkan (sunat muakad) mengadakan Aqiqah untuk bayi tersebut. Sunat pula bagi anak lelaki 2 ekor kambing sementara seekor bagi anak perempuan (mengikut kemampuan).

Nasi Beryani


Bahannya:

1/2 cawan minyak masak
4 cawan beras, dibersih dan ditoskan
1 cawan susu cair
4 cawan air
2 camca besar dadih
1 sudu besar rempah beriani Faiza
1 bungkus rempah kurma
1 bungkus rempah beriani Maggi
1/2 cawan bawang goreng
Sepokok daun saderi – dihiris halus
Bahan-bahan dikisar halus:
4 camca besar bawang kecil
2 camca besar halia
2 camca besar serai
2 camca besar bawang putih

Cara membuatnya:

1. Masukkan minyak masak di dalam periuk. Biarkan sehingga ia panas.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan dikisar halus. Dikacau sebentar.
3. Kemudian masukan beras, susu cair dan air. Kacau ia sebentar.
4. Selepas itu masukkan tiga jenis rempah tadi, bawang goreng dan daun saderi. Kacau ia sebentar, tutup periuk. Biar sehingga nasi masak .

Mahkamah : Apa yang korang fikirkan

Malam tadi, sekembalinya aku dari surau berhampiran mengerjakan solat berjemaah, aku telah didatangi sepasang suami isteri yang ingin menikahkan anak perempuan mereka pada hujung bulan ini. Tujuan mereka adalah meminta bantuan aku dalam menyelesaikan masalah nak menikahkan anak perempuan mereka. Yang sebenarnya bukanlah masalah sangat kalau kita tau cara dan teknik yang betul. Sungguhpun secara umumnya aku dah tau kedudukan mereka, tapi macam biasa, aku masih bertanya itu ini supaya sesuatu yang aku tahu tu adalah benar belaka. Bukan fitnah… bukan andaian semata-mata

Selepas aku jelas dengan semua perkara, aku katakan pada mereka, urusan mereka perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah. Bila perkataan Mahkamah Syariah keluar, aku perhatikan wajah mereka (pasangan suami isteri itu) berubah jadi muram, gelisah dan seangkatan dengannya. Aku tanya mengapa??? Mereka rupa2nya risau dengan hukuman yang bakal diterima bila masuk mahkamah. Begitulah persepsi mereka, bahawa bila masuk mahkamah mesti kena hukum samada didenda atau dipenjara tanpa memikirkan tujuan asal mereka ke mahkamah. Dalam benak mereka mahkamah ni kerjanya menghukum orang saja. Setakat ini, bukan mereka saja yang beranggapan sedemikian. Sebelum mereka, ada beberapa pasangan lagi yang beranggapan demikian. Aku dulu pun beranggapan macam tu jugak.....


gambar google
mau nak terkencing dalam seluar kalau tak biasa jumpa hakim atau masuk mahkamah

Aku pun apa lagi, tambah lah sedikit sebanyak serbuk perasa untuk menyedapkan kata-kata aku pasal mahkamah ni. Aku katakan kepada mereka sediakanlah 2 3 ribu nak selesaikan masalah tu. Lagilah pucat lesi wajah mancho @ wajah anggun mereka. Bukanlah tujuan nak menakut-nakutkan mereka tapi sekadar gurauan semata-mata, yang pada akhirnya aku pujuk balik mereka dengan perkataan yang lebih lemak berkrim supaya mereka tidak risau berlebihan. Barulah berseri muka masing-masing… Jahat jugak aku ni ye… He… he… he…

Tetapi memang memerlukan kos yang banyak juga untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dari mahkamah ni kalau nak dibandingkan dengan kebenaran berkahwin dari Pendaftar Perkahwinan. Kebenaran berkahwin dari Pendaftar hanya RM10 sahaja tapi kebenaran berkahwin dari mahkamah, beberapa kos perlu diberikan perhatian. Kos peguam syarie yang menyediakan afidavit (RM100-Rm200), pendaftaran kes (sekitar RM49) dan kebenaran berkahwin (sekitar RM29). Begitu juga masa untuk menguruskannya, mendaftarkan kes hari ini sementara untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dari mahkamah pada hari yang berikutnya. Kira2nya dua hari bekerja baru selesai urusan mendapatkan kebenaran berkahwin

Amalan Ketika Mengandung



Ketika seseorang wanita (isteri) itu hamil (mengandung) , beberapa perkara hendaklah diberikan perhatian sebagai langkah awal kearah memperolehi anak yang soleh dan sihat. Amalan ini tidaklah hanya tertumpu kepada isteri yang mengandung sahaja, sisuami juga tidak ketinggalan mengamalkannya juga


Antaranya adalah:


1.  Bertaubat kepada Allah SWT di atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan


2.  Suami pula hendaklah banyak berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis dan banyak melakukan Ibadah


3.  Hendaklah sentiasa menutup aurat


4.  Hendaklah banyakkan membaca Al-Quran terutamanya surah-surah dan doa-doa berikut:

  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Yasin
  • Surah At-Taubah
  • Surah Yusuf untuk mendapat anak yang soleh, sihat dan sempurna
  • Surah Luqman agar mendapat anak yang taat
  • Surah An-Nahl ayat 78 sebagai selusuh (memudahkan bersalin dengan      izin Allah)
  • Surah Maryam
  • Surah Al-A’raf ayat 189 agar dikurniakan zuriat yang baik dan di golongan di dalam kumpulan orang-orang ang sentiasa bersyukur
  • Membaca doa berikut yang bermaksudnya: “Ya Allah peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia. Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah lahirkan ia dari kandunganku dengan yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW”


Ketulenan Ajaran Islam



Gambaran tentang agama sejati yang benar tidak mungkin ada jika kitab wahyu diabaikan. Ini keistimewaan Islam kerana bersumberkan kitab wahyu yang unggul keasliannya. Nabi S.A.W merupakan "penjelas" pada agama itu, sesuai dengan pengutusan baginda sebagai rasul akhir zaman.


Oleh itu, kita harus memahami Islam dari sumbernya sebenar serta membuat bandingan antara agama dari al-Quran dengan agama yang berasal dari pemikiran atau dari tradisi yang salah yang dianggap sebagai sebahagian daripada agama sejati.


Konsep agama memerlukan perhatian khusus kerana ia menjadi cara bagaimana manusia mengukur kebaikan dalam hidupnya.


Islam adalah din yang murni yang merupakan pelaksanaan pada isi kandungan al-Quran.


Sementara itu, "agama" lain adalah yang tidak lain dari rangkaian tradisi turun-temurun daripada nenek moyang. Ini sama sekali jauh dari panduan wahyu.


Hari ini, ramai orang yang menganggap dirinya beragama, padahal mereka tidak tahu apa-apa tentang agama yang sebenarnya.


Golongan yang menolak al-Quran, serta meyakini apa-apa juga yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sebagai suatu yang kudus pada hal ia tidak bernilai sama sekali di sisi Allah.


Ritual keagamaan yang dilakukan tidak dapat dikira sebagai agama yang benar, kerana ia berubah mengikut perkembangan kehidupan manusia yang menganutnya.


Ia dibesar-besarkan sekalipun tidak ada perintah Allah supaya berbuat demikian.


Hal-hal agama yang benar diabaikan sekalipun jelas ia merupakan perintah Allah.


Bagi kebanyakan orang, tujuan mengikut agama hanyalah sebagai usaha penyesuaian hidup dengan masyarakat, dan memenuhi keinginan bermasyarakat semata-mata.


"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutlah apa yang telah Allah turunkan', mereka menjawab, '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami'. (Apakah mereka masih mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk?" (al-Baqarah: 170)


Kebanyakan orang mengembangkan konsep beragama bukan dengan mengambil dari sumber aslinya, tetapi dari pertuturan nenek moyang mereka, atau ada yang sekadar menyambung perbualan di kedai kopi atau ketika lepak di tepi-tepi jalan.


Mereka beranggapan bahawa agama sebenarnya hanya merupakan sebuah penzahiran tentang tradisi-tradisi yang diwariskan dari nenek moyang semata-mata.


Buktinya, sedikitpun mereka berganjak dari jejak-jejak yang diwarisi itu sekalipun nyata dan terang ia bercanggah dengan wahyu Allah.


Yang pasti, tradisi yang diwarisi itu memuatkan banyak tajuk yang mencakupi tahyul yang tidak bermakna, cerita-cerita rekaan, fatwa-fatwa palsu dari orang yang dianggap suci, dan penjelasan yang tidak masuk akal dari peristiwa-peristiwa alam.


Semuanya itu dianggap sebagai ajaran yang ada di dalam agama sejati.


Kenyataannya, ramai orang yang belajar tentang perkara ini dari keluarga dan masyarakat setempat.


Mereka menyedari bahawa tradisi-tradisi tersebut berpijak pada dasar yang lemah dan sangat sarat dengan cara berfikir yang tidak dibimbing oleh wahyu kudus.


Untuk memahami agama sejati, perkara utama yang seharusnya kita lakukan adalah dengan merujuknya kepada al-Quran sebagai sumber dasar agama, mempertimbangkanya secara pasti, dan berusaha untuk memahami nash-nash aslinya mengikut kemampuan kita.


Ini sebenarnya bukan perkara sukar. Terlalu banyak buku rujukan yang ada dan sudahpun ada berbagai sumber ilmu Islam yang sepatutnya kita manfaatkan.


Kita juga perlu sedar bahawa orang kafir pun akan merujuk kepada al-Quran ketika mereka ingin mengetahui sesuatu tentang Islam.


Ini bermakna, orang Islam sendiri seharusnya sentiasa merujuk al-Quran dan hadis Nabi S.A.W jika mereka mahu mengetahui tentang Islam anutan mereka.


Orang yang membangun agamanya dari tahyul dan rekaan cerita-cerita, dan bukan dari al-Quran, telah disebutkan dalam ayat yang bernada penolakan oleh Allah.


"Mengapa kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan? Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (yang diturunkan dari Allah) yang kamu baca?" (al-Qalam: 36-37)


Islam seharunya menjadi topik terpenting bagi setiap warga Muslim sesuai dengan apa yang digambarkan oleh Nabi S.A.W.


Kita seharusnya tahu tentang bagaimana membezakan agama yang sejati dengan sistem-sistem lain.


Kita juga seharusnya mewajibkan diri untuk mendalami din kita sendiri yang sebenarnya melalui sumbernya yang masih kekal untuk dirujuk dan bukan hanya berpada dengan sekadar bertaklid atau mengikut membabi buta sahaja.



Oleh Saudi Arof
Sumber: Utusan Sarawak, Khamis 27 Januari 2011

Ikan siakap Tiga Rasa

BAHAN-BAHANNYA


1 ekor ikan siakap sederhana besar (bersihkan)
3 tangkai cili merah (kisar kasar)
10 tangkai cili padi (kisar kasr)
2 batang serai (kisar kasr)
1 helai daun limau purut (kisar kasar)
1 labu bawang besar 9kisar kasar)
3 ulas bawang putih (kisar kasar)
1 inci halia muda (kisar kasar)
1 biji tomato (kisar kasar)
1 tangkai daun ketumbar (kisar kasar)
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar jus lemon
Garam, gula dan perasa secukupnya






CARA MEMASAKNYA


1. Bersihkan ikan kemudian toskan
2. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan ikan dalam bancuhan tepung kemudian goreng hingga garing. Ketepikan
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau
4. Masukkan jus lemon, cuka makan, sos cili, garam, gula dan perasa secukupnya
5. Setelah kuah agak pekat, angkat tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi
6. Enak dihidangkan panas-panas

Empat Golongan Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka..



Assalamualaikum wbt. 
Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. 


Na'uzubillah. 


Pertama:- Ayahnya 


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. 


Kedua:- Suaminya 


Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya. 


Ketiga:- Abang-abangnya 


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat. 


Keempat:- Anak Lelakinya 


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya. 


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. 


Firman ALLAH S.W.T.:- 


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....." 


Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda, kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. 


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak ????? 


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim masuk syurga dan janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T. 


SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM AHLI SYURGA. 


AMIN..... YA RABBALALAMIN. 

SUMBER : dah lupa. maaf kepada yang empunya....

Bergurau Biar Berhemah



Dalam kehidupan kita seharian, sudah pasti kita tidak akan terlepas daripada bergurau bagi menghiburkan hati.


Sememangnya bergurau merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia, tanpa bergurau, hidup akan terasa sunyi dan membosankan.


Islam sememangnya membenarkan kita untuk bergurau asalkan ia dilakukan secara berhemah dan tidak berlebihan, malahan Rasulullah SAW sendiri pernah bergurau.


Ketika zaman nabi dahulu, ada seorang perempuan tua yang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah supaya memasukkanku ke dalam syurga".


Rasulullah SAW menjawab: "Wahai Ummu fulan, sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki oleh orang yang sudah tua". Perempuan itu pun berpaling sambil menangis. Lalu, Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu dia, dia akan masuk syurga dalam keadaan sudah tua".


Ia kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-Waqiah ayat 56 bermaksud: Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta, lagi sebaya umurnya.


Islam telah memberikan pedoman dalam bergurau agar gurauan yang dilakukan itu tidak menjadi satu dosa.


Faktor paling utama ialah tidak berlebihan. Ia kerana gurauan yang berlebihan akan menjatuhkan kehormatan dalam pandangan manusia. 


Kehormatan harga diri di dalam Islam sama dengan kehormatan darah dan harta.


Kesedaran orang untuk tidak mencuri harta belum cukup tanpa adanya kesedaran untuk menjaga kehormatan orang.


Sabda Nabi SAW: "Setiap Muslim dengan Muslim lain diharamkan darah, harta, dan harga dirinya."


Selain itu, gurauan juga bukan bermaksud kita boleh memaki dan mencemuh orang sewenang-wenangnya.


Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 11 bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) itu lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan).


Islam juga tidak menggalakkan kita menjadikan gurauan sebagai satu kebiasaan. Seruan itu memandangkan serius adalah karakter peribadi seorang muslim sedangkan bersikap kelakar hanyalah bertujuan bagi merehatkan minda.


Turut diperingatkan oleh agama Islam ialah memastikan sesuatu gurauan itu bukanlah satu dusta dan tidak direka-reka.


Rasulullah SAW bersabda: "Malanglah, orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa, malanglah!".


Selain itu, kita juga tidak boleh menjadikan aspek agama sebagai bahan gurauan.


Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat 65 hingga 66 yang bermaksud: Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akn menjawab, Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah, "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan dari kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.


Oleh itu berhati-hatilah dalam bergurau agar tindakan kita untuk merehatkan minda akhirnya hanya menyebabkan kita melakukan satu dosa tanpa disedari.


Sumber: Utusan Malaysia, Rabu 2 Februari 2011

Tanda Hati Mati





Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:


1.  Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya


2.  Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda


3.  Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya


4.  Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya


5.  Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya


6.  Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya


7.  Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya


8.  Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya


9.  Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri


10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil mengambil iktibar daripadanya

Download Bacaan Al-Quran dan E book

Persediaan Malam Pertama

Selepas selamat menjalani upacara akad nikah, semua pasangan pengantin baru akan menanti suatu detik yang sukar untuk digambarkan iaitu “Malam Pertama”.
“Malam Pertama” selalunya akan menjadi suatu kenangan indah buat pasangan suami isteri kerana sama-sama merasai sesuatu yang baru, yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Namun nikmat “malam pertama” ini tidak dirasai oleh semua orang, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah menjalani aktiviti ini terlebih awal dari pernikahan.Alangkah ruginya mereka ini… kerana tiada apa yang hendak dikenang mengenai “malam pertama”
Untuk menikmati “malam pertama” yang indah, korang perlulah….:
1. Bertaubat dan memohon ampun. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesiapa yang telah berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka hedaklah ia bertaqwa kepada Allah diseparuh bakinya”
2. Beramal dengan sunnah sewaktu masuk ke dalam rumah atau bilik. Mulakan langkahan dengan kaki kanan sambil berdoa“Ya Allah aku pohonkan daripadaMu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kamu keluar dan kepada Allah kami berserah”
3. Sembahyang jemaah Suami Isteri. (solat sunat nikah) Perkara ini selalu terlepas pandang oleh kebanyakkan pengantin baru termasuklah aku dulu. Sehabis upacara akad nikah pengantin baru disunatkan mengerjakan solat sunat dua sunat nikah. Ini adalah waktu yang afdal atau pasangan pengantin baru boleh mengerjakan selepas majlis akad nikah selesai sepenuhnya.
4. Doa selepas sembahyang dua rakaat (solat sunat nikah) “Ya Allah, berkatilah aku disisi ahliku dan berkatilah bahagianku disisiku, ya Allah jadikanlah pertemuan kami satu pertemuan kebaikan, ya Allah berikanlah rezeki kepada mereka daripadaku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka dan jadikanlah kemesraan dan kasih sayang bagi mereka dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayang bagi mereka”
5. Beramah mesra.”Mulathafah” – sikap untuk menjinakkan isteri sebelum persetubuhan dan “Mula’ibah” – percumbuan antara pasangan suami isteri
6. Meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri serta berdoa “ya Allah sesungguhnya aku memohon daripadamu sebaik-baik barang ciptaanMu. Dan aku berlindung denganMu daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau ciptakan”

Then… barulah korang mulakan aksi 18SX korang… tapi jangan nakal-nakal sangat tau… Selamat melayari bahtera impian…. dan Selamat berbahagia
Layarilah malam pertama korang berpandukan sunnah…

Mee Rebus

Resepi ini isteri aku belajar dari kawan dia dari Baling, Kedah... Pn Shamson. Suami dia kawan aku juga En Mohd Bakri. Berjumpa semasa sama-sama bertugas dalam Tentera Darat di Sibu sekitar tahun 1998-2001. Apa khabar mereka tak dapat dipastikan kerana telah terputus hubungan selepas aku bersara dari perkhidmatan


 
Bahan A
5 sudu makan minyak masak
1 ulas bawang putih - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
50 gm halia - dikisar100 gm udang kering - dikisar
2 batang serai60 gm cili boh

Bahan B
Sedikit air rebusan
200 gm ubi kentang - dikisar
300 gm ubi keledek - dikisar
Sedikit perasa
Sedikit garam
Sedikit gula
3 sudu makan air asam jawa

Bahan C
1 keping tauhu - digoreng dan dihiris
50 gm tauge
1 butir telor rebus
50 gm sawi - dihiris
20 gm cili merah - dihiris
20 gm cili hijau - dihiris
20 gm daun bawang - dihiris
20 gm bawang goreng

Bahan D
200 gm mee kuning

Cara-cara Membuatnya
Panaskan minyak dan tumis bahan A
Masukkan bahan B dan kacau. Biar seketika di atas api yang perlahan sehingga kuah pekat dan masak
Masukkan mee kuning dalam mangkuk. Hias dengan bahan C. kemudian tuangkan kuah ke atasnya

sumber : koleksi peribadi

Belunjur Dulu Sebelum Duduk

Barangkali korang pernah dengar peribahasa “berlunjur dulu sebelum duduk”? Ada ke peribahasa tu?? Kalau korang tak tau tak apa… Baca jer sampai habis gerenti korang akan paham nanti.

Sepanjang menjalankan tugas sebagai Jurunikah di tempat kediaman aku selama lebih kurang 6 tahun, aku mendapati 34% daripada pasangan yang aku akad-nikahkan sebagai wakil wali, adalah pasangan yang bermasalah. Apa masalahnya ye..? Maksud aku adalah pasangan yang telah bersekedudukan terlebih dahulu sebelum mereka bernikah. Apabila pasangan wanitanya telah menunjukkan tanda-tanda lain dari yang lain… macam muntah-muntah, perut dah bengkak atau tanda-tanda lain yang orang pompuan lebih arif, barulah mereka membuat keputusan untuk bernikah. Inilah yang aku maksudkan dengan “berlunjur dulu sebelum duduk”. Senang cerita, mengandung dulu sebelum kawen. Dan ada juga pasangan yang bernikah selepas pasangan wanitanya melahirkan…. Lahirkan anak lah….

Selain itu, ada juga pasangan yang aku bantu untuk menguruskan pernikahan mereka terdiri daripada anak tak sah taraf. Anak tak sah taraf ni senang cakap “anak haram” atau di Sarawak dipanggil “Anak ampang”. Itu dalam bahasa yang kasarnya lah. Apalah salahnya anak ini hingga digelar “anak haram” atau “anak ampang”. Yang haram dan yang gampang adalah perbuatan ibubapanya, mengapa anak pula yang menanggung beban ini? Kesian kat budak tu…. Walau apapun gelarannya, anak tu tetap mempunyai hak yang sama seperti kita yang halal ni…. Mereka juga berkeinginan untuk berumahtangga dan membina keluarga bahagia seperti orang lain… Kan Janet kan….

Selalunya, masyarakat akan melabelkan anak ini sebagai anak yang tidak diketahui asal usulnya, bukan dari keturunan yang baik-baik dan sebagainya. Walau apapun tanggapan masyarakat, anak dari spesis ini agak sukar untuk diterima sebagai calun menantu terutama bagi mereka yang ambil berat tentang status. Sehingga bagi sesetengah masyarakat kita… jangankan nak terima sebagai calun menantu, nak bersalam pun seolah-olah seperti menyentuh khinzir gamaknya dengan anak spesis ini. Mengapa ya…??? Hina sangatkah anak ini dimata kita??

Memang dalam quran ada mengatakan
ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬

maksudnya “(lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”. (Surah An-Nur ayat 26)

Tetapi apakah kayu ukur yang kita gunakan untuk mengukur samada orang itu baik atau tidak?? Dan ingatlah, berkemungkinan “golongan seperti ini” atau “anak-anak seperti ini” lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT jika mereka telah mempersembahkan “taubat nasuha”nya kepada Khaliknya.

Ingatlah…!! Sekali air bah sekali pantai berubah. Walaupun golongan-golongan ini pernah melakukan kesilapan dan kesalahan pada masa lampaunya, pasti mereka juga ingin nak berubah. Hulurkanlah kerjasama dan bantuan sekadar yang termampu samada berbentuk kewangan atau support moral untuk membantu mereka ini dari terus lemas dengan hidup mereka

Berkenaan dengan hukum nikah golongan seperti ini sila klik sini

Tanda-tanda Orang Malas


1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
2. Mereka yang bolih melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.
8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak bolih melakukannya

Apa la pasal aku.....


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang..

Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkan



Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.

Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam. 

Sumber : ISTIMEWA2U
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © LOBUY