Barangkali korang pernah dengar peribahasa “berlunjur dulu sebelum duduk”? Ada ke peribahasa tu?? Kalau korang tak tau tak apa… Baca jer sampai habis gerenti korang akan paham nanti.
Sepanjang menjalankan tugas sebagai Jurunikah di tempat kediaman aku selama lebih kurang 6 tahun, aku mendapati 34% daripada pasangan yang aku akad-nikahkan sebagai wakil wali, adalah pasangan yang bermasalah. Apa masalahnya ye..? Maksud aku adalah pasangan yang telah bersekedudukan terlebih dahulu sebelum mereka bernikah. Apabila pasangan wanitanya telah menunjukkan tanda-tanda lain dari yang lain… macam muntah-muntah, perut dah bengkak atau tanda-tanda lain yang orang pompuan lebih arif, barulah mereka membuat keputusan untuk bernikah. Inilah yang aku maksudkan dengan “berlunjur dulu sebelum duduk”. Senang cerita, mengandung dulu sebelum kawen. Dan ada juga pasangan yang bernikah selepas pasangan wanitanya melahirkan…. Lahirkan anak lah….
Selain itu, ada juga pasangan yang aku bantu untuk menguruskan pernikahan mereka terdiri daripada anak tak sah taraf. Anak tak sah taraf ni senang cakap “anak haram” atau di Sarawak dipanggil “Anak ampang”. Itu dalam bahasa yang kasarnya lah. Apalah salahnya anak ini hingga digelar “anak haram” atau “anak ampang”. Yang haram dan yang gampang adalah perbuatan ibubapanya, mengapa anak pula yang menanggung beban ini? Kesian kat budak tu…. Walau apapun gelarannya, anak tu tetap mempunyai hak yang sama seperti kita yang halal ni…. Mereka juga berkeinginan untuk berumahtangga dan membina keluarga bahagia seperti orang lain… Kan Janet kan….
Selalunya, masyarakat akan melabelkan anak ini sebagai anak yang tidak diketahui asal usulnya, bukan dari keturunan yang baik-baik dan sebagainya. Walau apapun tanggapan masyarakat, anak dari spesis ini agak sukar untuk diterima sebagai calun menantu terutama bagi mereka yang ambil berat tentang status. Sehingga bagi sesetengah masyarakat kita… jangankan nak terima sebagai calun menantu, nak bersalam pun seolah-olah seperti menyentuh khinzir gamaknya dengan anak spesis ini. Mengapa ya…??? Hina sangatkah anak ini dimata kita??
Memang dalam quran ada mengatakan
ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬
maksudnya “(lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”. (Surah An-Nur ayat 26)
Tetapi apakah kayu ukur yang kita gunakan untuk mengukur samada orang itu baik atau tidak?? Dan ingatlah, berkemungkinan “golongan seperti ini” atau “anak-anak seperti ini” lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT jika mereka telah mempersembahkan “taubat nasuha”nya kepada Khaliknya.
Ingatlah…!! Sekali air bah sekali pantai berubah. Walaupun golongan-golongan ini pernah melakukan kesilapan dan kesalahan pada masa lampaunya, pasti mereka juga ingin nak berubah. Hulurkanlah kerjasama dan bantuan sekadar yang termampu samada berbentuk kewangan atau support moral untuk membantu mereka ini dari terus lemas dengan hidup mereka
Berkenaan dengan hukum nikah golongan seperti ini sila klik sini
0 ulasan:
Catat Ulasan