Tanda Hati Mati





Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:


1.  Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya


2.  Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda


3.  Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya


4.  Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya


5.  Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya


6.  Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya


7.  Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya


8.  Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya


9.  Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri


10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil mengambil iktibar daripadanya

Download Bacaan Al-Quran dan E book

Persediaan Malam Pertama

Selepas selamat menjalani upacara akad nikah, semua pasangan pengantin baru akan menanti suatu detik yang sukar untuk digambarkan iaitu “Malam Pertama”.
“Malam Pertama” selalunya akan menjadi suatu kenangan indah buat pasangan suami isteri kerana sama-sama merasai sesuatu yang baru, yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Namun nikmat “malam pertama” ini tidak dirasai oleh semua orang, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah menjalani aktiviti ini terlebih awal dari pernikahan.Alangkah ruginya mereka ini… kerana tiada apa yang hendak dikenang mengenai “malam pertama”
Untuk menikmati “malam pertama” yang indah, korang perlulah….:
1. Bertaubat dan memohon ampun. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesiapa yang telah berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka hedaklah ia bertaqwa kepada Allah diseparuh bakinya”
2. Beramal dengan sunnah sewaktu masuk ke dalam rumah atau bilik. Mulakan langkahan dengan kaki kanan sambil berdoa“Ya Allah aku pohonkan daripadaMu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kamu keluar dan kepada Allah kami berserah”
3. Sembahyang jemaah Suami Isteri. (solat sunat nikah) Perkara ini selalu terlepas pandang oleh kebanyakkan pengantin baru termasuklah aku dulu. Sehabis upacara akad nikah pengantin baru disunatkan mengerjakan solat sunat dua sunat nikah. Ini adalah waktu yang afdal atau pasangan pengantin baru boleh mengerjakan selepas majlis akad nikah selesai sepenuhnya.
4. Doa selepas sembahyang dua rakaat (solat sunat nikah) “Ya Allah, berkatilah aku disisi ahliku dan berkatilah bahagianku disisiku, ya Allah jadikanlah pertemuan kami satu pertemuan kebaikan, ya Allah berikanlah rezeki kepada mereka daripadaku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka dan jadikanlah kemesraan dan kasih sayang bagi mereka dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayang bagi mereka”
5. Beramah mesra.”Mulathafah” – sikap untuk menjinakkan isteri sebelum persetubuhan dan “Mula’ibah” – percumbuan antara pasangan suami isteri
6. Meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri serta berdoa “ya Allah sesungguhnya aku memohon daripadamu sebaik-baik barang ciptaanMu. Dan aku berlindung denganMu daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau ciptakan”

Then… barulah korang mulakan aksi 18SX korang… tapi jangan nakal-nakal sangat tau… Selamat melayari bahtera impian…. dan Selamat berbahagia
Layarilah malam pertama korang berpandukan sunnah…

Mee Rebus

Resepi ini isteri aku belajar dari kawan dia dari Baling, Kedah... Pn Shamson. Suami dia kawan aku juga En Mohd Bakri. Berjumpa semasa sama-sama bertugas dalam Tentera Darat di Sibu sekitar tahun 1998-2001. Apa khabar mereka tak dapat dipastikan kerana telah terputus hubungan selepas aku bersara dari perkhidmatan


 
Bahan A
5 sudu makan minyak masak
1 ulas bawang putih - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
50 gm halia - dikisar100 gm udang kering - dikisar
2 batang serai60 gm cili boh

Bahan B
Sedikit air rebusan
200 gm ubi kentang - dikisar
300 gm ubi keledek - dikisar
Sedikit perasa
Sedikit garam
Sedikit gula
3 sudu makan air asam jawa

Bahan C
1 keping tauhu - digoreng dan dihiris
50 gm tauge
1 butir telor rebus
50 gm sawi - dihiris
20 gm cili merah - dihiris
20 gm cili hijau - dihiris
20 gm daun bawang - dihiris
20 gm bawang goreng

Bahan D
200 gm mee kuning

Cara-cara Membuatnya
Panaskan minyak dan tumis bahan A
Masukkan bahan B dan kacau. Biar seketika di atas api yang perlahan sehingga kuah pekat dan masak
Masukkan mee kuning dalam mangkuk. Hias dengan bahan C. kemudian tuangkan kuah ke atasnya

sumber : koleksi peribadi

Belunjur Dulu Sebelum Duduk

Barangkali korang pernah dengar peribahasa “berlunjur dulu sebelum duduk”? Ada ke peribahasa tu?? Kalau korang tak tau tak apa… Baca jer sampai habis gerenti korang akan paham nanti.

Sepanjang menjalankan tugas sebagai Jurunikah di tempat kediaman aku selama lebih kurang 6 tahun, aku mendapati 34% daripada pasangan yang aku akad-nikahkan sebagai wakil wali, adalah pasangan yang bermasalah. Apa masalahnya ye..? Maksud aku adalah pasangan yang telah bersekedudukan terlebih dahulu sebelum mereka bernikah. Apabila pasangan wanitanya telah menunjukkan tanda-tanda lain dari yang lain… macam muntah-muntah, perut dah bengkak atau tanda-tanda lain yang orang pompuan lebih arif, barulah mereka membuat keputusan untuk bernikah. Inilah yang aku maksudkan dengan “berlunjur dulu sebelum duduk”. Senang cerita, mengandung dulu sebelum kawen. Dan ada juga pasangan yang bernikah selepas pasangan wanitanya melahirkan…. Lahirkan anak lah….

Selain itu, ada juga pasangan yang aku bantu untuk menguruskan pernikahan mereka terdiri daripada anak tak sah taraf. Anak tak sah taraf ni senang cakap “anak haram” atau di Sarawak dipanggil “Anak ampang”. Itu dalam bahasa yang kasarnya lah. Apalah salahnya anak ini hingga digelar “anak haram” atau “anak ampang”. Yang haram dan yang gampang adalah perbuatan ibubapanya, mengapa anak pula yang menanggung beban ini? Kesian kat budak tu…. Walau apapun gelarannya, anak tu tetap mempunyai hak yang sama seperti kita yang halal ni…. Mereka juga berkeinginan untuk berumahtangga dan membina keluarga bahagia seperti orang lain… Kan Janet kan….

Selalunya, masyarakat akan melabelkan anak ini sebagai anak yang tidak diketahui asal usulnya, bukan dari keturunan yang baik-baik dan sebagainya. Walau apapun tanggapan masyarakat, anak dari spesis ini agak sukar untuk diterima sebagai calun menantu terutama bagi mereka yang ambil berat tentang status. Sehingga bagi sesetengah masyarakat kita… jangankan nak terima sebagai calun menantu, nak bersalam pun seolah-olah seperti menyentuh khinzir gamaknya dengan anak spesis ini. Mengapa ya…??? Hina sangatkah anak ini dimata kita??

Memang dalam quran ada mengatakan
ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬

maksudnya “(lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”. (Surah An-Nur ayat 26)

Tetapi apakah kayu ukur yang kita gunakan untuk mengukur samada orang itu baik atau tidak?? Dan ingatlah, berkemungkinan “golongan seperti ini” atau “anak-anak seperti ini” lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT jika mereka telah mempersembahkan “taubat nasuha”nya kepada Khaliknya.

Ingatlah…!! Sekali air bah sekali pantai berubah. Walaupun golongan-golongan ini pernah melakukan kesilapan dan kesalahan pada masa lampaunya, pasti mereka juga ingin nak berubah. Hulurkanlah kerjasama dan bantuan sekadar yang termampu samada berbentuk kewangan atau support moral untuk membantu mereka ini dari terus lemas dengan hidup mereka

Berkenaan dengan hukum nikah golongan seperti ini sila klik sini

Tanda-tanda Orang Malas


1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
2. Mereka yang bolih melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.
8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak bolih melakukannya

Apa la pasal aku.....


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang..

Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkan



Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.

Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam. 

Sumber : ISTIMEWA2U

Ziarah Kubur



Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di sebuah perkampungan.  Tidak berapa dahulu isterinya yang bernama Mak Siti telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. 

Pak Mat yang berusia menjangkau lima puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Mak Siti hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Sumber : Syokkawen.com

Urus Perkahwinan Anda

Ada beberapa proses yang mesti dilalui oleh korang sebelum korang dapat menjalani majlis perkahwinan korang. Panduan ini untuk mereka yang berada di Sarawak saja. Korang selain di Sarawak mungkin boleh juga mengikuti panduan ini kerana prosesnya lebih kurang sama saja dan sedang dalam proses penyeragaman di seluruh negara. Penggunaan borang saja yang berbeza

Dapatkan Borang 1 (Permohonan Untuk Kebenaran Kahwin/Berkahwin Di Bawah Umur/Bercerai Sebelum Jimak/Wali Hakim) dari Bhg Pentadbiran Undang2 Syarie, Jabatan Agama Islam Sarawak atau dari Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam (Jurunikah) di kawasan anda.

Borang ini ada dalam dua warna, hijau untuk bakal pengantin perempuan dan biru untuk bakal pengantin lelaki. Untuk borang hijau (perempuan), isikan bilangan 1, 2, 4, 5, 6 dan 9. Jika anda tidak mempunyai wali nasab kosongkan bilangan 4,5 dan 6. Dapatkan pengesahan status di bilangan 8. Status disahkan oleh Majikan @ Ketua Masyarakat tempat tinggal anda. Jika anda menggunakan pengesahan oleh majikan pastikan 1 surat iringan dari majikan disertakan. (Letter head majikan)

Untuk borang biru (lelaki), isikan bilangan 1,2 dan 4. Dapatkan pengesahan status di bilangan 3. Status disahkan oleh Majikan @ Ketua Masyarakat tempat tinggal anda. Jika anda menggunakan pengesahan oleh majikan pastikan 1 surat iringan dari majikan disertakan. (Letter head majikan)
Sediakan salinan dokumen-dokumen berikut:
  • Gambar photo 1 keping dan lekatkan dipenjuru kanan setiap borang (biru atau hijau)
  • Salinan Photostat Kad Pengenalan
  • Salinan Kursus Pra-Perkahwinan (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan wali
  • Salinan Sijil Nikah wali (yg ori mesti di tunjukkan semasa memohon kebenaran berkahwin)
p/s Jika anda atau pasangan anda adalah anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia, surat kebenaran majikan anda perlu disertakan sekali.

lagi p/s Jika wali anda bukan bapa kandung, dokumen yang menyokong bahawa orang yang menjadi wali itu adalah wali anda perlulah dikemukan seperti sijil nikah ibubapa bagi yang menggunakan abang atau adik lelaki kandung sebagai saksi. Jika tiada satu akuan bersumpah yang telah dimatikan stem perlu dikemukakan.

Jika anda tidak memiliki Sijil Kursus Pra-Perkahwinan, anda dikehendaki menghadiri 1 sessi temuduga. Temuduga hanya dijalankan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Bahagian. Oleh itu anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk ditemuduga. Temuduga segera hanya atas pertimbangan Pendaftar Perkahwinan. Sila KLIK SINI untuk jadual Kursus Pra-Perkahwinan bagi anda di kawasan Kuching yang diuruselia oleh Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syarie atau daftar secara on line di sini atau hadirkan diri anda ke Bhg Pentadbiran Undang-undang Syarie berhampiran anda
untuk mendaftarkan diri

Selepas anda melepasi temuduga (lulus temuduga), proses seterusnya adalah memohon kebenaran berkahwin (Borang 3) dari Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk dengan menetapkan tempat akad nikah, tarikh akad nikah dan nama Jurunikah yang akan menjalankan upacara akad nikah. Sila buat bayaran RM10 untuk Borang 3 (kebenaran berkahwin) dan RM15 untuk Surat Perakuan Nikah anda. Pada kebiasaannya, Borang 3 ini akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja

Setelah Borang 3 anda lengkap, ambil dan serahkan semua borang-borang kepada Jurunikah selewat-lewatnya 3 hari sebelum upacara akad nikah akan dilangsungkan. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku sesuatu yang diluar jangkaan pada hari pernikahan anda

Tunggu saat bahagia anda….

selepas anda menjalani upacara akad nikah, sila pastikan Jurunikah atau anda sendiri memajukan semua borang2 berkaitan ke Bhg Pentadbiran Undang2 Syarie, Jabatan Agama Islam Sarawak selewat-lewatnya 7 hari selepas akad nikah untuk di daftarkan

Tuntut Sijil Nikah anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas borang dan dokumen anda dimajukan oleh Jurunikah atau anda sendiri ke Bahagian pentadbiran Undang-undang Syarie, Jabatan Agama Islam Sarawak

Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat… Amin

Walimatul Urus 2

Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru. Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS

Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallamyang bermaksud:

“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.” (Al-Hadith)

TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS

Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya: “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.

Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:
1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing”.

HUKUM MENGHADIRINYA

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG

1) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
2) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.
3) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.
4) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
5) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.
6) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.
7) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
 Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.
9) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.

Angin Ahmar

Penyakit lumpuh, penyakit mati kaki tangan atau penyakit yang dikatakan riihal ahmar (angin merah). Penyakit ini adalah satu penyakit yang sangat-sangat ditakuti, kerana penyakit itu apabila hinggap pada seseorang ia akan mematikan kekuatan daya anggota.

Dimasa-masa yang akhir ini banyak yang telah dihinggapi penyakit yang tersebut. Ada yang telah lumpuh anggota-anggota kanan, ada yang lumpuh anggota-anggota kiri dan ada yang lumpuh seluruh badan.

2 orang kawan aku telah dihinggap penyakit itu. Sorang komando pencen yang diserang angin ahmar ketika sedang menunggang TZMnya… balik dari minum kopi kat warong. Mujur sempat tongkat TZMnya kat bus stop. Yang sorang lagi pesara PDRM… kena strok sekembali dari majlis sosial (bertandak)…

Sebagai satu ikhtiar bagi mengelakkan penyakit angin ahmar atau strok ni :-

Jangan tidur baring di hadapan perjalanan angin


Jangan mendedahkan diri di hadapan angin kencang


Apabila membuka pintu yang tertutup, jangan hadapkan diri ditengah-tengah pintu itu melainkan hendaklah mengiring ke kiri atau ke kanan.


Jangan melayani fikiran hingga mendalam dan mengusik hati


sebagai renungan kita bersama…. dan semuga mendapat manfaat

Kesakitan

Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak suatupun yang mengenai seseorang muslim - sebagai mushibah - baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang ataupun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti - yakni sesuatu yang tidak mencocoki kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya, sampaipun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehnya- itu." (Muttafaq 'alaih) 

Keterangan:

Kesakitan apapun yang diderita oleh  seseorang mu'min, ataupun bencana dalam bentuk bagaimana yang ditemui olehnya itu dapat membersihkan dosa-dosanya dan berpahalalah ia dalam keadaan seperti itu, tetap bersabar dan tabah. Sebaliknya jikalau tidak sabar dan uring-uringan serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan, maka bukan pahala yang didapatkan, tetapi makin menambah besarnya dosa. Oleh sebab itu jikalau kita tertimpa oleh kesakitan atau malapetaka, jangan sampai malahan melenyapkan pahala yang semestinya kita peroleh. 


Sumber : Riyadhus Solihin

Roti Arab

Resepi ini aku belajar dari seorang guru dari utara tanahair, Cikgu Suhaimi dari Kodiang Kedah. Belajar pun tak pakai resepi, up jadi jer.... Praktikel terus, tapi caranya agak berbeza sedikit. Jalan2 pi blog orang, jumpa la resepi ni... terus jer copy, terima kasih kepada yang empunya resepi. Menu ni amat sesuai untuk sarapan pagi, minum petang atau pun waktu berbuka puasa

Bahan-bahan

2 sudu besar mentega*
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula**
300 ml air suam
6 gm yis
500g tepung gandum


Cara-cara membuatnya

Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
tepung di gaul dengan yis
Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
Perap selama 1 jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
Uli semula dan buat bulat-bulat dalam 18 biji
Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
Panaskan minyak dan goreng sebiji-sebiji, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan dengan kuah kari atau dalca macam kat bawah ni....


* mentega boleh digantikan dengan majerin
** gula boleh digantikan dengan susu

selamat mencuba dan selamat menjamu selera.....

sumber : iluvislam.com

Selesaikan Masalah Anda

Sering juga kita terdengar, beberapa pasangan yang ingin bernikah menemui jalan buntu kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap bagi meneruskan niat mereka. Ini adalah masalah yang sering aku hadapi sebagai Jurunikah di kawasan aku. Sebenarnya kalau difikirkan kembali masalah tu bukanlah masalah sangat jika kita tahu caranya.

Antara masalah yang dihadapi oleh pasangan yang ingin bernikah adalah:

Wali tidak memiliki sijil nikah

Mungkin disebabkan hilang, terbakar dan sebagainya. Sijil nikah wali perlu dikemukakan bagi mengesahkan status wali adalah sah. Masalah lain berkaitan dengan wali adalah berpunca dari pasangan yang bernikah di seberang (Indonesia) yang mana pernikahan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia sebaik pasangan kembali ke Malaysia ataupun sijil nikah asal negara seberang tersebut meragukan ataupun perkahwinan mereka dahulu tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Jabatan Agama Islam tempatan. Bagi pasangan ini agak sulit untuk membantu mereka dan kesannya adalah masa depan anak2 yang dilahirkan, tiada MyKad.

Pasangan berstatus janda @ duda tidak memiliki surat perakuan cerai yang asal

Bagi pasangan yang berstatus janda @ duda, mereka perlu mengemukakan surat perakuan cerai yang asal bagi menyokong perakuan status mereka. Tanpa dokumen tersebut, urusan seterusnya terbantut disitu. Disebabkan itu tidak mustahil bagi seorang janda @ duda mengambil tindakan seperti isteri ini

Sebenarnya banyak lagi masalah orang nak bernikah ni, dan kebanyakkannya telah dapat diselesaikan dengan jayanya (alhamdulillah). Sejauh mana kita memandang masalah sebagai masalah, sejauh itu jugalah kita menghadapi jalan buntu menyelesaikannya, kerana setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian yang tersendiri… Asal kita tahu caranya… Tak kira masalah apa pun

Dan ini adalah tip motivasi Irfan Khairi dalam FB: sekiranya bertemu masalah, tak kira besar macam mana pun masalah tersebut, fokuskan pada penyelesaian. dan bukan pada masalah tersebut. dengan fokus pada penyelesaian (atau solutions), kita fokuskan pada sesuatu yang positif. Kalau fokus pada masalah sahaja (atau problem), kita akan fikirkan semua yang negatif. So, be positif- fikir penyelesaian!

Walimatul Urus

Walimah asalnya berarti sempurnanya sesuatu dan berkumpulnya sesuatu, yang kemudiannya makna ini dipakai untuk penamaan acara makan-makan dalam resepsi pernikahan disebabkan berkumpulnya mempelai lelaki dan perempuan dalam ikatan perkawinan, dan tidak dinamakan walimah untuk selain resepsi pernikahan dari segi bahasa dan istilah fuqoha (para ulama). Padahal ada banyak jenis acara makan-makan yang dibuat dengan sebab-sebab tertentu, tetapi masing-masing memiliki penamaan tersendiri.

Hukum walimatul ‘urus adalah sunnah menurut jumhur ulama. Sebagian ulama mewajibkan walimah karena adanya perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan wajibnya memenuhi undangan walimah.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada ‘Abdurrahman bin ‘Auf radiyallahu ‘anhu ketika dia mengkhabarkan bahwa dia telah menikah
“Adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dan juga Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengadakan walimah ketika menikah dengan Zainab, Sofiyyah, dan Maimunah binti Al-Harits.

Mengenai ukuran atau kadar dari pesta perkawinan, sebagian ahli ilmu berperdapat bahwa tidak kurang dari satu ekor kambing dan yang lebih utama adalah lebih dari itu. Seperti yang difahami dari hadits Abdurrahman bin ‘Auf di atas: “Adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing” (HR. Bukhari dan Muslim). Dan ini jika diberi kelebihan rezeki oleh Allah kepadanya. Dan jika tidak mampu maka sesuai dengan kadar kemampuannya.

Rasulullah juga mengadakan walimah ketika menikah dengan Sofiyyah berupa makanan khais yaitu tepung, mentega dan keju yang dicampur kemudian diletakkan diatas nampan. Hal ini menunjukkan bolehnya mengadakan walimah tanpa menyembelih kambing dan juga boleh mengadakannya walaupun dengan yang lebih sederhana dari itu.

Tidak boleh berlebih-lebihan dalam walimatul ‘urus seperti yang terjadi pada zaman sekarang, misalnya dengan menyembelih banyak kambing, unta dan meyediakan banyak makanan untuk bermewahmewahan dan berlebih-lebihan padahal tidak termakan semuanya, akhirnya makanan-makanan tersebut dibuang di tempat-tempat sampah. Ini termasuk hal yang dilarang oleh syari’at dan akal yang sehat tidak akan pernah membolehkan hal tersebut.

Dan dikhawatirkan bagi pelakunya dan orang yang setuju dengan perbuatan tersebut akan mendapat hukuman dari Allah dan dicabutnya nikmat.

Disamping hal itu, walimah yang seperti di atas tidak lepas dari kejelekan dan kesombongan serta berkumpulnya orang-orang yang biasanya tidak lepas dari kemungkaran. Terkadang walimah ini dilakukan di hotel-hotel yang menyebabkan para wanita tidak menghiraukan lagi pakaian yan menutup aurat, hilangnya rasa malu, bercampurnya wanita dengan laki-laki yang bisa jadi hal ini sebagai penyebab turunnya azab yang besar dari Allah.

Terkadang juga diselingi dalam pesta tersebut musik dan nyanyian yang menyenangkan para seniman, juga fotografer untuk memotret para wanita dan kedua mempelai, disamping menghabiskan harta yang banyak tanpa faedah bahkan dengan cara yang rusak dan menyebabkan kerusakan. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang seperti ini dan takutlah terhadap azab Allah.

Allah berfirman:
“Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang telah Kami binasakan, yang sudah bersenang-senang dalam kehidupannya” (QS. Al-Qoshosh: 58)

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebihlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orangorang yang berlebih-lebihan” (Al-A’rof: 31)

“Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan” (Al-Baqoroh: 60)

Dan ayat-ayat yang berkaitan dengan ini sangat banyak dan jelas.

Wajib bagi yang diundang untuk menghadiri walimatul ‘urs apabila terpenuhi syarat-syarat berikut ini:

1. Walimah tersebut adalah walimah yang pertama jika walimahnya dilakukan berulangkali. Dan tidak wajib datang untuk walimah yang selanjutnya, berdasarkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Walimah pertama adalah hak (sesuai dengan syari’at, pent), walimah kedua adalah baik, dan walimah yang ketiga adalah riya’ dan sum’ah” (HR. Abu Dawud dan yang lainnya).

Syaikh Taqiyuddin berkata: “Diharamkan makan dan menyembelih yang melebihi batas pada hari berikutnya meskipun sudah menjadi kebiasaan masyarakat atau untuk membahagiakan keluarganya, dan pelakunya harus diberi hukuman”

2. Yang mengundang adalah seorang muslim

3. Yang mengundang bukan termasuk ahli maksiat yang terang-terangan melakukan kemaksiatannya, yang mereka itu wajib dijauhi.

4. Undangannya tertuju kepadanya secara khusus, bukan undangan umum.

5. Tidak ada kemungkaran dalam walimah tersebut seperti adanya khamr (minuman keras), musik, nyanyian dan biduan, seperti yang banyak terjadi dalam acara walimah sekarang. Apabila terpenuhi syarat-syarat tersebut, maka wajib memenuhi undangan walimah, sebagaimana sabda
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam :
“Sejelek-jelek makanan adalah hidangan walimah yang orang-orang miskin tidak diundang tetapi orangorang yang kaya diundang. (Meskipun demikian) barangsiapa yang tidak memenuhi undangan walimah berarti dia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. (HR. Muslim).

Dan disunnahkan untuk mengumumkan pernikahan dan menampakkannya sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Umumkanlah acara pernikahan”. Dan dalam riwayat lain: “Tampakkanlah acara pernikahan” (HR. Ibnu Majah)

Disunnahkan pula menabuh rebana sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Pembeda antara nyanyian serta musik yang halal dan yang haram adalah nyanyian dan rebana dalam acara pernikahan” (HR. Nasa’i, Ahmad dan Tirmidzi. Dan Tirmidzi menghasankannya).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © LOBUY