Panduan Memilih Suami @ Isteri

Kebanyakkan muda mudi pada hari ini didorong oleh sebab-sebab berikut untuk berkahwin

* mengharapkan harta benda
* mengharapkan kebangsawanan @ darjat keturunan
* mengharapkan kepada kecantikan paras rupa
* mengharapkan agama dan budi pekerti yang baik dan mulia

Mengharapkan Harta Benda.
Dorongan ini begitu lumrah bagi pihak lelaki dan perempuan, iaitu seseorang yang ingin berkahwin dengan seseorang kerana hartanya, walaupun telah diketahui bahawa perkahwinan itu tidak sesuai menurut kehendak dirinya dan juga masyarakat. Pandangan ini bukanlah pandangan yang sihat, terutama sekali kalau ini terjadi dari pihak lelaki kerana sudah tentu akan menjatuhkan maruah dan martabat suami dibawah pengaruh wanita dan hartanya.

Mengharapkan Kebangsawanan @ Darjat Keturunan
Ini pun tidak memberi keberkatan seperti yang diharapkan, bahkan ia akan bertambah hina kerana kebangsawanan salah seorang dari isteri itu tidak akan berpindah kepada yang lain

Mengharapkan Kecantikan
Hal ini adalah baik sedikit daripada harta dan kebangsawanan kerana harta kadang kala hilang dengan cepat tetapi kecantikan seseorang dapat tinggal agak lama juga, asalkan dia tidak bersifat angguh atau sombong lantaran rupa parasnya. Walaubagaimanapun, rupa paras akan hilang dimamah usia

Mengharapkan Agama
Inilah yang dipuji Allah dan agama serta kesusilaan adalah menjadi keselamatan rumahtangga dan keluarga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengahwini seseorang perempuan kerana agamanya nescaya Allah SWT mengurniakannya dengan harta”

Mengikut keterangan di atas nyatalah agama dan kebaikkan budi pekerti menjadi dasar yang utama bagi ibubapa dalam memilih bakal menantu

Sifat-sifat yang baik untuk memilih bakal isteri

Rasulullah SAW telah memberi petunjuk sifat-sifat perempuan yang baik untuk dijadikan isteri iaitu:

* Yang beragama dan beriman dengannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

“Dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara. Kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya atau kerana agamanya tetapi pilihlah yang beragama agar selamat dari kamu”

* Keturunan dari orang yang baik, boleh beranak dan sihat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“Dari Makqal bin Yasar katanya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW sambil berkata: “saya telah memperolehi seorang perempuan yang bangsawan dan janda tetapi tidak beranak, baikkah saya mengahwininya?” Jawab Nabi SAW: “Jangan!” Kemudian lelaki itu datang kali kedua, maka Baginda melarangnya, kemudian lelaki itu datang kali ketiga, Nabi bersabda: “Kahwinilah perempuan yang pengasih lagi kerap beranak”.

* Yang masih dara. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

“Ketika Jabbir bin Abdullah kahwin dengan seorang janda, Rasulullah SAW bersabda: “Alangkah baiknya kahwin seorang gadis, engkau dapat bergurau dengannya dan dia dapat bergurau denganmu”

Sifat-sifat yang baik bagi bakal suami

Wali-wali yang bertanggungjawab terhadap anak-anak perempuan hendaklah memilih lelaki yang berakhlak dan keturunan yang baik agar dapat mengemudi rumahtangga dengan baik dan kalau pun berlakunya perceraian akan berlaku dengan baik pula. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menikahkan saudara perempuannya dengan lelaki fasik bererti memutuskan tali kekeluargaannya”

download artikel ini
WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © LOBUY