Urus Perkahwinan Anda

Ada beberapa proses yang mesti dilalui oleh korang sebelum korang dapat menjalani majlis perkahwinan korang. Panduan ini untuk mereka yang berada di Sarawak saja. Korang selain di Sarawak mungkin boleh juga mengikuti panduan ini kerana prosesnya lebih kurang sama saja dan sedang dalam proses penyeragaman di seluruh negara. Penggunaan borang saja yang berbeza

Dapatkan Borang 1 (Permohonan Untuk Kebenaran Kahwin/Berkahwin Di Bawah Umur/Bercerai Sebelum Jimak/Wali Hakim) dari Bhg Pentadbiran Undang2 Syarie, Jabatan Agama Islam Sarawak atau dari Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam (Jurunikah) di kawasan anda.

Borang ini ada dalam dua warna, hijau untuk bakal pengantin perempuan dan biru untuk bakal pengantin lelaki. Untuk borang hijau (perempuan), isikan bilangan 1, 2, 4, 5, 6 dan 9. Jika anda tidak mempunyai wali nasab kosongkan bilangan 4,5 dan 6. Dapatkan pengesahan status di bilangan 8. Status disahkan oleh Majikan @ Ketua Masyarakat tempat tinggal anda. Jika anda menggunakan pengesahan oleh majikan pastikan 1 surat iringan dari majikan disertakan. (Letter head majikan)

Untuk borang biru (lelaki), isikan bilangan 1,2 dan 4. Dapatkan pengesahan status di bilangan 3. Status disahkan oleh Majikan @ Ketua Masyarakat tempat tinggal anda. Jika anda menggunakan pengesahan oleh majikan pastikan 1 surat iringan dari majikan disertakan. (Letter head majikan)
Sediakan salinan dokumen-dokumen berikut:
  • Gambar photo 1 keping dan lekatkan dipenjuru kanan setiap borang (biru atau hijau)
  • Salinan Photostat Kad Pengenalan
  • Salinan Kursus Pra-Perkahwinan (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan wali
  • Salinan Sijil Nikah wali (yg ori mesti di tunjukkan semasa memohon kebenaran berkahwin)
p/s Jika anda atau pasangan anda adalah anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia, surat kebenaran majikan anda perlu disertakan sekali.

lagi p/s Jika wali anda bukan bapa kandung, dokumen yang menyokong bahawa orang yang menjadi wali itu adalah wali anda perlulah dikemukan seperti sijil nikah ibubapa bagi yang menggunakan abang atau adik lelaki kandung sebagai saksi. Jika tiada satu akuan bersumpah yang telah dimatikan stem perlu dikemukakan.

Jika anda tidak memiliki Sijil Kursus Pra-Perkahwinan, anda dikehendaki menghadiri 1 sessi temuduga. Temuduga hanya dijalankan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Bahagian. Oleh itu anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk ditemuduga. Temuduga segera hanya atas pertimbangan Pendaftar Perkahwinan. Sila KLIK SINI untuk jadual Kursus Pra-Perkahwinan bagi anda di kawasan Kuching yang diuruselia oleh Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syarie atau daftar secara on line di sini atau hadirkan diri anda ke Bhg Pentadbiran Undang-undang Syarie berhampiran anda
untuk mendaftarkan diri

Selepas anda melepasi temuduga (lulus temuduga), proses seterusnya adalah memohon kebenaran berkahwin (Borang 3) dari Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk dengan menetapkan tempat akad nikah, tarikh akad nikah dan nama Jurunikah yang akan menjalankan upacara akad nikah. Sila buat bayaran RM10 untuk Borang 3 (kebenaran berkahwin) dan RM15 untuk Surat Perakuan Nikah anda. Pada kebiasaannya, Borang 3 ini akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja

Setelah Borang 3 anda lengkap, ambil dan serahkan semua borang-borang kepada Jurunikah selewat-lewatnya 3 hari sebelum upacara akad nikah akan dilangsungkan. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku sesuatu yang diluar jangkaan pada hari pernikahan anda

Tunggu saat bahagia anda….

selepas anda menjalani upacara akad nikah, sila pastikan Jurunikah atau anda sendiri memajukan semua borang2 berkaitan ke Bhg Pentadbiran Undang2 Syarie, Jabatan Agama Islam Sarawak selewat-lewatnya 7 hari selepas akad nikah untuk di daftarkan

Tuntut Sijil Nikah anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas borang dan dokumen anda dimajukan oleh Jurunikah atau anda sendiri ke Bahagian pentadbiran Undang-undang Syarie, Jabatan Agama Islam Sarawak

Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat… Amin

4 ulasan:

niniraman berkata...

Thanks. Panduan yang sangat sangat berguna!

Unknown berkata...

salam

surat nikah wali kene provide ke tuk pemohon lelaki?

Lobuy berkata...

pemohon lelaki tak perlu

Unknown berkata...

Wali hakim ada bayaran take?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © LOBUY