Selesaikan Masalah Anda

Sering juga kita terdengar, beberapa pasangan yang ingin bernikah menemui jalan buntu kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap bagi meneruskan niat mereka. Ini adalah masalah yang sering aku hadapi sebagai Jurunikah di kawasan aku. Sebenarnya kalau difikirkan kembali masalah tu bukanlah masalah sangat jika kita tahu caranya.

Antara masalah yang dihadapi oleh pasangan yang ingin bernikah adalah:

Wali tidak memiliki sijil nikah

Mungkin disebabkan hilang, terbakar dan sebagainya. Sijil nikah wali perlu dikemukakan bagi mengesahkan status wali adalah sah. Masalah lain berkaitan dengan wali adalah berpunca dari pasangan yang bernikah di seberang (Indonesia) yang mana pernikahan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia sebaik pasangan kembali ke Malaysia ataupun sijil nikah asal negara seberang tersebut meragukan ataupun perkahwinan mereka dahulu tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Jabatan Agama Islam tempatan. Bagi pasangan ini agak sulit untuk membantu mereka dan kesannya adalah masa depan anak2 yang dilahirkan, tiada MyKad.

Pasangan berstatus janda @ duda tidak memiliki surat perakuan cerai yang asal

Bagi pasangan yang berstatus janda @ duda, mereka perlu mengemukakan surat perakuan cerai yang asal bagi menyokong perakuan status mereka. Tanpa dokumen tersebut, urusan seterusnya terbantut disitu. Disebabkan itu tidak mustahil bagi seorang janda @ duda mengambil tindakan seperti isteri ini

Sebenarnya banyak lagi masalah orang nak bernikah ni, dan kebanyakkannya telah dapat diselesaikan dengan jayanya (alhamdulillah). Sejauh mana kita memandang masalah sebagai masalah, sejauh itu jugalah kita menghadapi jalan buntu menyelesaikannya, kerana setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian yang tersendiri… Asal kita tahu caranya… Tak kira masalah apa pun

Dan ini adalah tip motivasi Irfan Khairi dalam FB: sekiranya bertemu masalah, tak kira besar macam mana pun masalah tersebut, fokuskan pada penyelesaian. dan bukan pada masalah tersebut. dengan fokus pada penyelesaian (atau solutions), kita fokuskan pada sesuatu yang positif. Kalau fokus pada masalah sahaja (atau problem), kita akan fikirkan semua yang negatif. So, be positif- fikir penyelesaian!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © LOBUY