Dalam adat istiadat melayu Sarawak umumnya, sesuatu majlis pertunangan akan dimulai oleh wakil dari pihak perempuan. Ketika inilah kalau wakil-wakil yang handal berpantun akan mempamerkan skill mereka berpantun. Tetapi lazimnya, pantun memantun ni telah ditinggalkan oleh kebanyakkan orang… mungkin disebabkan tak berapa handal nak berpantun. Ketika ini juga wakil pihak perempuan akan bertanya wakil pihak lelaki apa maksud, apa tujuan tujuan kedatangan mereka… Sudah terang lagi bersuloh…
sireh junjung dan wang RM50 sebagai tol pembuka mulut untuk menyatakan hasrat
hantaran wajib majlis pertunangan
Sebelum menerang tujuan dan maksud kedatangan mereka, wakil pihak lelaki akan menyerahkan toll sebanyak RM50 untuk meneruskan lagi perjalanan yang hendak dituju. Sesetengahnya akan mengiringi pembayaran toll ini dengan sebentuk cincin, sebagai pembuka bicara
Bila bicara telah pun dibuka, wakil pihak lelaki menyerahkan pula sejumlah RM80 dan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan beserta watikah pertunangan yang dibuat sendiri dengan kreativiti sendiri dan syarat-syarat pertunangan. Selalunya, syarat-syarat pertunangan ini hanya dibuat secara lisan sahaja, namun ada juga yang membuatnya secara bertulis… Kata orang “not recorded not remembered”. Ini bertujuan supaya tindakan susulan dapat diambil dengan bukti-bukti kukuh jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dikemudian hari. Hanyalah “menyediakan payung sebelum hujan” sahaja…
wang bertunang RM80 dan sebentuk cincin pertunangan
hantaran wajib majilis pertunangan
Secara amnya, pihak lelaki akan mempersembahkan 4 atau 5 dulang utama apabila ingin menyunting bunga di taman larangan, dan ini wajib ada… iaitu sireh junjung (ada juga yang membawa tepak sireh lengkap), RM50 dan sebentuk cincin sebagai pembuka kata serta RM80 dan sebentuk cincin tanda pertunangan. Namun cincin sebentuk sebagai pembuka kata boleh ditiadakan
Bagi sesetengah orang akan membincang secara terperinci berkenaan Majlis perkahwinan, namun kebanyakkannya tidak membincangkannya semasa majlis pertunangan. Perbincangan mengenai hantaran hangus dan lain-lainnya hanya dibincangkan secara berasingan diantara kedua-dua ibubapa yang akan mengeratkan silaturrahim ini
Satu perkara yang telah dilupakan atau ditinggalkan oleh kebanyakkan orang adalah adat merisik. Mungkin disebabkan faktor jarak diantara kedua-dua belah pihak yang jauh, maka adat merisik ini ditinggalkan atau disekalikan dengan majlis pertunangan bagi memudahkan urusan
Selain 4 atau 5 hantaran utama yang diceritakan tadi, bagi mereka yang berkemampuan akan menyertakan juga hantaran-hantaran sampingan seperti sejadah, telekong, al-Quran, kasut, buah-buahan, tuala, persalinan dan sebagainya sebagai mengiringi hantaran utama tadi
Semasa mengikat perjanjian pertunangan ini juga, kedua-dua pihak lelaki dan perempuan akan membuat perakuan samada dibuat secara lisan mahupun bertulis (selalunya bertulis), jika salah satu pihak memungkiri perjanjian ini. Dalam bab ini aku tidak begitu setuju dengan perjanjian bilamana pihak perempuan yang memungkiri janji maka pihak perempuan perlu mengembalikan semua hantaran sebanyak dua kali ganda… Mengapa mesti dua kali ganda??? Namun aku suka, “jika pihak lelaki yang memungkiri janji maka segala hantaran dianggap hangus…”
Majlis akan diakhiri dengan menyarungkan cincin pertunangan kejari bakal pengantin perempuan oleh ibu bakal pengantin lelaki atau wakilnya dan bacaan doa…..
0 ulasan:
Catat Ulasan